Sunday, 26 April 2009

GREAT day....SUNNY day....

WILLIAM HUNG ALBUM

CUTE HUNG


U ARE THE INSPIRATION FOR ALL




GO GO GO


Today is a very sunny day
.: wake up late :.
.: last nite sleep late :.
bangun je..teringat kt WILLIAM HUNG (AMERICAN IDOL AUDITION STAR...)



i love to hear his voice...hahaahaha....dah boring dengor suara orang best je menyanyi...bile dengar suara William Hung...betapa dia menghargai dirinya sendiri seadanya dia...
i love his spirit...juz do ur best, and dont regret!!


betul tu Mr Hung...well lately after 5-6 years (AMERICAN IDOL 2004) William Hung jd star...dia dah makin chubby...tp yg best....dia makin bersemangat!! no matter what people said to him...dia tetap dgn diri dia... and at the same time motivate org lain to do their best also in whatever they do...
*******************************************************

P/S: juz wish u best of luck for ur future undertaking...kalaula Mr Hung sedor apa yg aku tulis ni..hihihi....


today...dengar lagu ACHY BREAKY HEART..By William Hung..asalnya ayah MILEY CYRUS..Billy Ray Cyrus

Thursday, 23 April 2009

hati kita....

Nabi s.a.w, dilaporkan bersabda maksudnya: "Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan.

"Iman di dalamnya diumpamakan seperti sayur (kubis) yang mengandungi bahan air yang baik dan kemunafikan pula diumpamakan seperti pekung yang mengandungi air nanah. Mana-mana antara kedua-dua bahan ini yang lebih mengatasi, itulah yang menguasai (hati)nya."

MUSTAJAB BERDOA DI KALA.....

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya.

Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu.

(Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini. Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

SOLAT DUA RAKAAT..

SELEPAS mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah mencipta baginya 200 sayap yang setiap satunya antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).Selepas Jibrail memandang dirinya sendiri, dia berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau mencipta makhluk yang lebih baik daripadaku?"


Lalu Allah berfirman yang maksudnya: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Selepas selesai bersolat, maka Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu.

Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yang sentiasa berdosa. Jika mereka mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar itu dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar, maka Kami demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian, Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal". Kemudian, Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'wa.Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  • *************************************************************************************
    Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadan.

  • Allah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat di dalam semua hari.

my music