Thursday, 23 April 2009

MUSTAJAB BERDOA DI KALA.....

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja ke asyik minta saja.”Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya.

Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.

- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu.

(Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini. Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

SOLAT DUA RAKAAT..

SELEPAS mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah mencipta baginya 200 sayap yang setiap satunya antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).Selepas Jibrail memandang dirinya sendiri, dia berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau mencipta makhluk yang lebih baik daripadaku?"


Lalu Allah berfirman yang maksudnya: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Selepas selesai bersolat, maka Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu.

Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yang sentiasa berdosa. Jika mereka mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar itu dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar, maka Kami demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian, Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal". Kemudian, Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'wa.Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara iaitu:

  • *************************************************************************************
    Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

  • Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

  • Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

  • Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadan.

  • Allah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (lima waktu).

  • Allah menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat di dalam semua hari.

Saturday, 14 March 2009

Di Sebalik AIr Mata itu...




PERNAHKAH anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:




  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.


  • Menangis kerana rasa takut.


  • Menangis kerana cinta.


  • Menangis kerana gembira.


  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.


  • Menangis kerana terlalu sedih.


  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.


  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.


  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.


  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


*************************************************************************************



Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.



Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.



Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:








  • Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.


  • Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.


  • Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.






  • Apabila dahinya berpeluh.


  • Air matanya berlinang.


  • Hidungnya keluar cecair.


*************************************************************************************



Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.



Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.



Wallahualam bissowab....

Tuesday, 3 March 2009

Malam Ini Dalam Sejarah.....Alhamdulillah

hes juz come back!!!
im speechless
im cried a lots....im so happy.happy and happy.....

Saturday, 7 February 2009

Semalamku di Bahau.....

Lewat petang aku gerak ke Bahau...6pm..tujuan...amek laptop adik aku kt umah sis Iffa....si Majid tu..sebok....saje nk ngada2 manja2 dgn aku...nk beli laptop...paling murah...tp paling gempak...nk Processor besor2...tp harga nk mcm Celeron punye harga..dh boleh jd ke mcm tu?...pastu...nk installments...xnk byr cash...mampos nk cari supplier mcm ni....tp last2 dpt jgak aku cari...walau xdpt nk satisfied his needs and wants..demand...huhuhuhu...
*******************************************************************************************
Back to my story, aku sampai Bahau dlm kul 730pm...tu pon sbb tersedor tdo..mujur la tersedor...kalau x..xtau le...1st time aku tertdo dr mula bus bergerak..sampai la tiba di destinasi yg dituju (very the skema ayat...)...walaupun bus tu very the "bergoges" (bus yg buruk+bergegar yg terlampau)tp aku masih lg dpt tdo dgn lenanya...org putes kata..Sleeping like a baby!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sampai Bahau..Sis Iffa lambat lg..hmmmm...aku pon beli la cupcorn(konon2 nk start makan jagung nk ganti nasi sebagai ruji..hahahaaha..)...and roti mulbery(sedak gak eh this flavour)..and air Ribena..kegemaranku....sambil membaca buku Aya2 CINTA..keh keh keh....
================================================================
bersambung lepas aku g joggin(azam utk tidak menggemokkan diri di tahun 2009)

Wednesday, 31 December 2008

WELCOME 2009..GOODBYE 2008


Well...before and after..hehehe...

Laman rumah aku setelah dikerjakan oleh aku,G-ha, Lina and Ayien..walau byk sungguh beluncas pd hari itu..namun kami bergilir2 pegang cangkul (sungguh pun aku runsing melihat cara G-ha pegang cangkul..kah kah kah)

Friday, 26 December 2008

Waiting for Mr D


imej jauh..umah aku..mcm haunted house!! tu beg AF aku tu..saje..interframe...


ni gambo umah aku ms mula2 aku sampai..uwaaaa(mcm umah MOna Fandy plak rasa...)



mane ntah dia ni....current la tetiba xde...bile dh ade current balik...tup2 Mr D dh xde...seharian plak tu...dia pg sambung keje kot...kire2 Daun..hahahaahaha....boringnya..dh la sengsorang kt umah...
today, nk bersihkan laman blakang umah...pokok ubi kayu setinggi umah sewa aku dan lalang mcm Bagan Lalang tu tingginya melebihi ketinggian aku yg x brp nk tinggi ni...punya lah bersemangat aku hari ni...si Ika bdk tomel anak jiran sebelah adalah merupakan assistant aku pd hari ini..dialah yg tlg bwkan cangkul dan cakar sampah dr umah dia...sabit skali..huhu..tengkiu darling...

******************************************************************************************
malu aku bila aku x pandai nk guna sabit...well, kene sound dek Ika...ala kakak ni....org Terengganu pun x tau nk guna sabit ke?(apa dia igt seme Terengganunian(betul ke istilah ni..hahaha)ni petani ke apa...) Ika tny...kan sawah byk kt Terengganu...lor...dia igt aku ni bersawah ke apa....ala x payah pon guna sabit...guna otak je...hihihi

****************************************************************************************

so....mulalah aku mengerjakan hutan belantara tu..sakit pinggang weh....betol la iklan BERNAS tu..sebiji nasi ibarat setitik peloh petani...hahahahaa...but im enjoy! tp sedehnya...sesorang la buat..xkan nk suruh Ika plak...br darjah 4..sian dia...dia jd Radio aku je...byk ckp betol bdk ni tau...aku layan je..so xde la rasa lonely..kikikiki

*****************************************************************************************

yg paling best...pokok kangkung aku dh SIHAT mcm aku..hahahaha..punye lah beso daun dia..mcm keladi...sebulan aku tinggal...bagai nak rak dia tumbuh..mesti dia nk tunjuk yg dia pun boleh membesar tanpa aku disisi..hihi

****************************************************************************************
dalam kul 630pm..aku stop dah...dh mula dr kul 515pm td...sket2 dh la....seme dh beres(ade sket lg...aku wat2 lupa..penat lor...) tp mmg dh terang!! yg penting..aku leh jemor kain kt blakang..di ampaian..bkn di atas pokok ubi kayu..huhuhu
*****************************************************************************************

my music